~~ SiApAkAh DiRiMu ? - WaHai BaKaL ImAmKu..~~
Wednesday, October 3, 2012 @ 6:47 PM | 0 Comment [s]
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26)
Telah tercatat
namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali
lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu. Aku di sini adalah untuk
menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya
untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau pelengkap tulang rusukku..
Aku masih tertanya-tanya "SIAPAKAH DIRIMU" yang Allah telah ciptakan sebagai Peneman Hidupku, Imam Di Dalam Solatku, Pelengkap Hidupku, Pembimbingku, Sayap Kanan Kepadaku, Ketua Keluargaku serta Ayah Kepada Anak-anakku nanti.. "SIAPAKAH DIRIMU" Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama
sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku
sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna,
memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa
sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di
sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang
penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang
wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya
belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. Bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu.. Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “Usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala Sujud Syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya.. "Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.." Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku "Bakal Suamiku".. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku
lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku
tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia
datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi
cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu..
Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku
tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak Mahligai kita.. Aku di heret oleh
sifat rakus lelaki yang mengaburi mataku.
Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan aku seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau "Bakal Suamiku"…
Aku tak
mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan lelaki yang sehebat Saidina
Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa.. Aku
tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa
yang paling penting aku harapkan ialah Agamamu. Itu yang paling aku harapkan.
Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau
tak mendidik keluarga kita dengan ajaran Agama sebaiknya, kelak musnahlah
kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat Sunat, Tahajjud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-Quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan Bacaan Hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak Istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku
semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku
mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku
ingin mengecapi manisnya Iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan
sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan Syariat, yang bersandarkan pada
Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan
kucar-kacir..
“KELUARGA
YANG SOLEH BERMULA DARI HUBUNGAN YANG SUCI”
Bagaimana nak
menghasilkan sebuah keluarga yang Soleh jika hubungan sebelum Akad pun sudah di
kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Aku
mengharapkan hubungan yang suci denganmu setelah Akad. Jika kau sudah pasti,
sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku
dengan cara yang baik, dengan cara yang Halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu
kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di
cemari dengan benda-benda Lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang
sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘SMS’ ,
berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah Solat Sunat Taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku dan aku juga pelengkap dirimu.. Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji
Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya
kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu
menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan
wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah Ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti ?
Nota Manis Cik Zuera85 : Dari hati yang
tulus ikhlas.. Hanya untukmu.. Bakal Suamiku yang aku belum tahu siapakah
dirimu yang sebenarnya..~ KZ♥ (•̀⌣•́)ง
Penang Mali !!!
|
<center><embed align="middle" allowscriptaccess="always" height="125" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://aminswf.webs.com/BannerFaqihahHusni.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="125" wmode="transparent"></embed></center><center>
Copy the codes and paste it on your blog. |