~~ MeNgEnALi BuLaN SyAaBaN & MaLaM NisFu SyAaBaN ~~
Wednesday, July 4, 2012 @ 11:46 AM | 0 Comment [s]
Bulan Syaaban
muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan.
Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam
nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang
amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya
pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan
mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga
merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan
bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari
segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri
dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan
hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan
untuk mencari sumber air di Padang Pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah
S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W
telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada
sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan
bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang
banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah
bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban iaitu
siangnya empat belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban
adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban,
amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar
dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w.
menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang
malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh
berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Saiyidatina Aisyah r.a.
meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang
tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu
Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau
telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda
S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata
dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan
dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu
daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji
diriMu sendiri.”
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar
beramal pada malam kemuliaan Nisfu Syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah
kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini
kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai
dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari
kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah
dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki
untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku
sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari
kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada
Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini
adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada
hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang
beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan
rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan
amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan
pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja
masuk Waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik
sahaja masuk Maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W
lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan
bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda
mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan
mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi
junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang
menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada
permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada
akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh
puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama
tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang
yang mati syahid."
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir,
dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan
bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari
perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan
menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan
penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Kita juga
digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah
Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang
maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan
perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah
Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah
Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban,
dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar
dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga
baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban
dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang
lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah
bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa
puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari
daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku
beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang
telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya
lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu
rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan
Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa
tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan
Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan
peperangan bani Mustaliq.
Nota Manis Cik
Zuera85 :
Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya
Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu).
Aminnn Ya Rabbal Alamin.
*Banyakkan sujud kepada Allah bukan sahaja pada
malam Nisfu Syaaban. Tapi juga pada malam-malam yg lain juga*
04 Julai 2012 (Rabu) - 14 Syaaban 1433H
KZ♥ (•̀⌣•́)ง |
<center><embed align="middle" allowscriptaccess="always" height="125" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://aminswf.webs.com/BannerFaqihahHusni.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="125" wmode="transparent"></embed></center><center>
Copy the codes and paste it on your blog. |